Perdana Menteri Malaysia ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berjanji akan menjalankan tugas dan amanah ini untuk Malaysia.
Perkara itu dinyatakan dalam satu kenyataan ringkas di Facebook.
“Syukur kehadrat Ilahi.
“Patik menjunjung kasih atas limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, atas pelantikan patik sebagai Perdana Menteri Malaysia.
“Terima kasih juga kepada kesemua Ahli Dewan Rakyat atas sokongan dan kepercayaan. Insya-Allah saya akan menjalankan tugas dan amanah ini untuk Malaysia”, katanya di Facebook. –THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply