Wednesday, June 19, 2024
HomePOLITIK"Satu kehilangan besar buat rakyat di negeri Perak" - Menteri Besar Perak

“Satu kehilangan besar buat rakyat di negeri Perak” – Menteri Besar Perak

Ipoh : Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Dato’ Hasbullah Osman, Ahli Parlimen Gerik di atas pemergian beliau.

Dalam satu kenyataan media beliau menyifatkan ia satu kehilangan besar buat rakyat di negeri Perak dan Parlimen Gerik khususnya.

“Bagi pihak seluruh jentera pentadbiran Kerajaan Negeri dan rakyat Perak, saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham
Dato’ Hasbullah Osman, Ahli Parlimen Gerik di atas pemergian beliau.

“Ini adalah berita yang amat mengejutkan dan satu kehilangan besar buat rakyat di negeri Perak dan Parlimen Gerik khususnya”, katanya Dato’ Seri Ahmad dalam satu kenyataan medianya kepada The Malaya Post.

Tambah beliau Allahyarham Dato’ Hasbullah akan sentiasa dikenang sebagai pemimpin yang sangat banyak berjasa kepada rakyat di kawasan
Gerik sepanjang khidmat beliau sebagai ADUN Temenggor.

“Sesungguhnya Allahyarham Dato’ Hasbullah akan sentiasa dikenang sebagai pemimpin yang sangat banyak berjasa kepada rakyat di kawasan
Gerik sepanjang khidmat beliau sebagai ADUN Temenggor dan Ketua UMNO Bahagian, seterusnya sebagai Ahli Parlimen Gerik.

“Kita doakan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan dikumpulkan bersama hambaNya yang beriman dan beramal soleh serta
dikurniakan sebaik-baik ganjaran syurga.
Semoga ahli keluarga dan kerabat yang dicintai Allahyarham Dato’ Hasbullah tabah menghadapi ujian yang berat ini”, katanya.

Kami di The Malaya Post mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan mendapatkan husnul khatimah. Al Fatihah –THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments