Friday, May 31, 2024
HomeBERITASambil lepak, sambil kupas bawang dan potong cili, jadi bahan lawak netizen...

Sambil lepak, sambil kupas bawang dan potong cili, jadi bahan lawak netizen yang turut berkongsi pengalaman yang sama

Benarlah kata pepatah, sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa berada bersama di saat susah dan senang.

Perkongsian video pendek di laman Twitter @_KechikChill ini mungkin bertepatan dengan perumpamaan itu.

Video yang berdurasi 0.38 saat itu memaparkan beberapa orang lelaki yang berada di sebuah kedai makan sedang mengupas bawang dan memotong cili.

“Cite dia member nak keluar lepak mamak dengan kawan tapi bini mintak tolong kupas bawang dan potong cili tu sampai sini dia bawak” tulis pemilik akaun Twitter yang bernama Naqiuddin.

Menurut video berkenaan, beliau sempat mengusik sahabatnya “asal banyak sangat doh” berkaitan dengan begitu banyak cili di dalam plastik berkenaan.

Namun mungkin kerana rasa bersalah, tuan empunya badan hanya mampu berkata “jangan la complain”.

Gelagat mereka mendapat perhatian di ruangan komen perkongsian video berkenaan dan beberapa orang kenalan pemilik akaun Twitter terbabit turut memuatnaik video pengalaman masing masing.

“hahaha lebih kurang jugak ni , cuma yang ni kawan datang raya rumah kita , mintak tolong dorg siang tauge . daripada membawangs kosong baik bagi aktiviti sikit ????????” -maleaalias

“Baru jadi semalam ???? tolong member prepare barang niaga dia ????” -deyanafitri

“Aku lagi sempoi, staff2 mai umh. aku kasi makan dlu lunch lpstu aku suruh diorang angkat kain jemuran haha last2 dri staff last2 jd mcm family aku sendiri dah hahaha” -arifyoong

Namun tidak kurang juga yang percaya dengan caption dan memuji sikap ‘suami mithali’.

Malah ada yang membuat andaian isterinya menjual nasi ayam gepuk atau membuat sambal nasi lemak.

“Isteri dia tokei nasik ayam gepuk ni tu yang sebungkus cili padi haaaaa. Tapi jap, wujud lagi ke lelaki yang ingat isteri time lepak ????????” -wanaaairish

Namun, untuk menghentikan andaian warganet, sekali lagi Naqiuddin memuatnaik status yang mengatakan “Untuk pecerahan, lelaki tu masih bujang, dan semua barang tu dia punya sebab dia berniaga sambal. Caption tu idea member lain yg niat nak bergurau je. Tak sangka lak blow up mcm ni. Aku tukang rakam post je hahaha #janganmarah #membermembernakbergurau” tulis Naqiuddin.

Video tersebut setakat ini sudah mendapat 13,400 retweet, 8232 tanda suka dan 180,000 tontonan.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments