Nasib seorang gelandangan berubah sekelip mata apabila suara emasnya tular di laman media sosial di India.
Warga emas wanita bernama Ranu Mondal menarik perhatian ramai apabila rakaman video memperlihatkan dirinya sedang menyanyikan lagu penyanyi lagenda bersuara emas ‘Lata Mangeshkar’ berjudul ‘Ek pyaar ka naagma’ menjadi viral di platform media sosial.
Kagum dengan suara merdunya, seorang komposer, penerbit dan pelakon, Himesh Reshammiya telah menjemput wanita berkenaan merakamkan lagu ‘Teri Meri Kahani’ yang pernah dinyanyikannya.
Perkongsian terbabit turut mencuri perhatian aktor terkenal, Salman Khan yang sangat kagum dengan kelunakan dan kemerduan suara Ranu.
Memetik sumber My Nation, Salman Khan berbesar hati bercadang menghadiahkan sebuah rumah bernilai RM3 juta kepada Ranu!
Bukan setakat itu, aktor kacak tinggi lampai ini turut merancang untuk menjemput Ranu merakamkan lagu buat filem ‘Dabangg 3’.
Wah! Inilah yang dikatakan, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.
(Video) Kerana Suara Ajaib GeIandangan Ini, Salman Khan Hadiahkan Rumah Bernilai Rm3 Juta
Dikirim oleh Catatan Terakhir pada Minggu, 26 April 2020
– THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply