Sunday, October 20, 2024
HomePOLITIKSalleh Said Keruak nafi masuk PKR

Salleh Said Keruak nafi masuk PKR

Bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia Dato’ Seri Salleh Said Keruak menafikan khabar angin yang mengatakan beliau akan menyertai Parti Keadilan Rakyat, PKR.

Sebaliknya kata beliau ketika dihubungi, United Sabah Bajau Organisation (Usbo) menjemput Presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menghadiri satu program “bukan politik”.

“Anwar akan menghadiri program anjuran Usbo bersempena Hari Malaysia. Pandikar adalah presiden Usbo dan saya penasihatnya. Ia bukan acara politik, saya menafikan laporan berkenaan” jelas Dato’ Seri Salleh.

Terdahulu Free Malaysia Today FMT menerusi satu laporannya memetik Ketua penerangan United Sabah National Organisation (USBO) Musli Oli memberitahu FMT, bekas Bendahari Umno Malaysia itu antara sebilangan pemimpin penting komuniti Bajau di Sabah yang akan mengambil langkah itu.

Musli mendakwa penyerahan borang keahlian PKR akan diserah pada majlis berkenaan pada 16 September ini.

Untuk rekod, USBO, sebuah NGO yang menjaga kebajikan komuniti Bajau, terutama yang tinggal di pantai barat Sabah.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments