Saiful Bukhari umum undur diri sebagai ahli seumur hidup parti PPBM

0

KUALA LUMPUR, 25 April –  Ahli Jawatankuasa Komunikasi Strategik Jabatan Penerangan BERSATU dan bekas Ketua Unit Penyelidikan, Pemuda Perikatan Nasional, Mohd Saiful Bukhari Azlan mengumumkan keputusan untuk mengundurkan diri sebagai ahli seumur hidup Parti Pribumi Bersatu Malaysia, PPBM berkuatkuasa hari ini.

Keputusan itu telah dipanjangkan ke pengetahuan Setiausaha Agung PPBM, Dato’ Seri Hamzah Zainudin melalui sepucuk surat pada Jumaat lalu, 22 April 2022.

Menurut Saiful Bukhari, ia dilaksana menurut Fasal 10.1 Perlembagaan Parti.

“Bahawa saya, Mohd Saiful Bukhari bin Azlan bernombor keahlian 00468423 ingin memaklumkan telah menyampaikan hasrat saya untuk berundur sebagai Ahli Biasa Seumur Hidup PPBM melalui sepucuk surat kepada Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia, bertarikh pada 22hb April 2022 dan berkuatkuasa hari ini, Isnin, 25hb April 2022. Ia di laksana menurut Fasal 10.1 Perlembagaan Parti,” katanya dalam satu kenyataan media kepada The Malaya Post

Tambah Saiful Bukhari, pengunduran diri sebagai ahli PPBM dibuat atas sebab peribadi.

“BERSATU adalah parti pertama yang saya sertai. Hasrat ini dibuat atas sebab peribadi.

“Sekalung penghargaan buat parti atas kesudian menerima saya selaku ahli awal tahun lalu dan pengalaman yang diberi selaku AJK Komunikasi Strategik Jabatan Penerangan BERSATU ( Jun 2021-Kini) dan Ketua Unit Penyelidikan, Pemuda Perikatan Nasional bagi tempoh Mei 2021-Okt 2021,” katanya.

Beliau turut mengucapkan selamat maju jaya kepada sahabat-sahabat di PPBM.

Katanya walaupun tidak menjadi ahli PPBM, tidak semestinya perlu putus persahabatan kerana silaturahim harus mengatasi ideologi politik.

“Di sini saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada sahabat-sahabat di PPBM. Walaupun, tidak menjadi ahli tidak semestinya perlu putus persahabatan. Pada hemat saya, silaturahim harus mengatasi ideologi politik.

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin,” katanya.

 

Untuk rekod, Saiful Bukhari telah dilantik sebagai AJK Komunikasi Strategik Jabatan Penerangan BERSATU pada Jun 2021 dan pernah memegang jawatan sebagai Ketua Unit Penyelidikan, Pemuda Perikatan Nasional bagi tempoh Mei 2021 – Okt 2021.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Telegram Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
https://t.me/TheMalayaPostNews

Leave a Reply