Sunday, May 19, 2024
HomeBERITASafiey Illias tolak jemputan pertandingan Ratu Cantik Dunia ‘transgender’

Safiey Illias tolak jemputan pertandingan Ratu Cantik Dunia ‘transgender’

Perkongsian usahawan muda, Safiey Illias di laman Instagram menarik minat pengikutnya apabila dia memuat naik sekeping gambar kad jemputan dan menulis, “Wah. Terpilih jadi wakil Miss Malaysia untuk pertandingan Ratu Cantik Dunia tp untuk golongan maknyah sahaja. Nasib kita dah laki dah” tulisnya.

Para peminat memberikan kata-kata semangat dan sokongan moral kepadanya.

Perubahan terbaru Safiey ini ternyata menggembirakan hati warganet khususnya para peminat yang sentiasa mengikuti perkembangannya.

Terdahulu Safiey Illias telah mengejutkan warganet dengan berita ingin kembali menjadi perempuan atau lebih tepat ‘pondan’.

Alasannya berikutan dia tidak mendapat sokongan orang ramai dan terus menghentam dirinya disaat dia cuba kembali kepada fitrah asalnya.

Namun selepas itu, usahawan kosmetik berkenaan berkongsi di laman Instagramnya mengenai penghijrahannya untuk kembali menjadi lelaki sejati.

Untuk fasa permulaan ke arah perubahan, Safiey telah membuat satu pembedahan untuk membuang implan silikon di bahagian dadanya di Hospital Kuala Lumpur pada 26 Ogos yang lalu.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments