Sunday, May 19, 2024
HomeBERITARussophobia: Wanita Rusia gerakkan kempen gunting beg Chanel

Russophobia: Wanita Rusia gerakkan kempen gunting beg Chanel

Wanita di Rusia menggerakkan kempen menggunting beg Chanel milik mereka sebagai tanda protes selepas dihalang daripada membeli barangan jenama mewah itu susulan perang  di Ukraine.

Lapor akhbar MailOnline semalam rakaman video  menunjukkan model dan selebriti Rusia menggunting beg Chanel milik mereka itu dimuat naik ke laman sosial.

Terdahulu, Chanel telah meminta warga Rusia di luar negara yang berhasrat membeli barangannya  untuk menandatangani aku janji bahawa mereka tidak akan memakai atau memaparkan jenama itu di Moscow.

Ketika kebanyakan golongan elit Rusia tidak memberi sebarang maklum balas berhubung  perang atau kematian yang berlaku di Ukraine, sekatan oleh Chanel itu membuatkan mereka terasa seperti menjadi sasaran kempen  ‘Russophobia’ atau fobia dengan Rusia.

Pelakon Rusia, Marina Ermoshkina, 28, menganggap  tindakan Chanel itu tidak wajar dan  dia menentang mana-mana jenama yang menyokong Russophobia.

“Jika memiliki Chanel bermakna saya perlu menjual tanah air saya, maka saya tidak memerlukan Chanel,” katanya.

Model Rusia yang berpangkalan di Monaco, Victoria Bonya, 42, pula berkata,  Chanel bersikap kurang ajar dan tidak menghormati pelanggan mereka.

“Saya orang Rusia, tinggal di Eropah dan saya enggan memakai Chanel. #ByeByeChanel,” tulis Bonya.

Dalam satu kenyataan pada minggu ini, Chanel berjanji akan menambah baik prosedur pembelian dan memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments