Thursday, November 19, 2026
HomeBERITARumah Prihatin Wilayah akan dibina di Labuan

Rumah Prihatin Wilayah akan dibina di Labuan

Siri Junjungan Asnaf Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa membawa khabar baik buat penduduk di Labuan.

Bagi membuka peluang kepada golongan berpendapatan rendah di Labaun memiliki kediaman sendiri, Tan Sri Annuar melalui kementerian beliau akan memperluaskan projek Rumah Prihatin Wilayah disini.

“Harga rumah mampu milik itu mungkin berbeza dengan Putrajaya dan Kuala Lumpur namun ia akan disesuaikan dengan kadar kemampuan penduduk di sini.

“Sebahagian di antara mereka telah dibantu oleh jabatan kebajikan dan sebagainya, tetapi tujuan beliau turun melihat sendiri kerana mahu melihat profil permasalahan yang kebanyakannya adalah selain daripada soal pendapatan, ada juga yang berkait dengan soal pemilikan rumah.

“Sebahagian besar dari yang saya lihat adalah mereka menyewa, tetapi kemampuan mereka menyewa nampaknya agak baik, mereka menyewa rumah yang berjumlah RM600, RM700 dan mereka mampu membayar sejumlah yang agak bagus, walaupun sebahagiannya menggunakan bantuan, sumbangan dari jabatan kebajikan.

Sidang Media

Sidang Media

Posted by Tan Sri Annuar Musa on Sunday, 7 June 2020

“Jadi berdasarkan pada itu saya rasakan kita perlu melihat dari aspek menyediakan rumah mampu milik di Labuan, itu satu daripada hasil pertemuan kita pada hari ini dan kita ada tanah, saya telah meminta kepada ahli perbadanan untuk mengenalpasti tanah-tanah kerajaan untuk kita dengan segera memulakan perancangan untuk menyediakan rumah mampu milik yang bersesuaian dengan keadaan orang disini,” ujar beliau.

Mengulas lanjut, beliau berkata jika di Kuala Lumpur, pihak kementerian menyediakan kondominium atau bangunan bertingkat tetapi barangkali di Labuan tidak perlu bangunan sedemikian, mungkin pembangunan yang ‘landed’ atau strata yang bersifat ‘low risk’ boleh dibina tetapi satu kajian akan dilakukan bagi mengira kos pembinaan dan bangunan.

“Pihak kerajaan akan menyediakan tanpa kos seperti yang dilaksanakan di Kuala Lumpur dan Putrajaya beliau sedang meneliti cadangan dari ahli jemaah menteri untuk melancarkan rumah mampu milik.

“Konsep rumah ini adalah dibina di atas tanah kerajaan, kos tanah tidak disubsidikan atau tidak perlu dibayar sementara kos pembinaan dibuat secara komersil oleh syarikat kemudian syarikat akan menjual mengikut harga yang terkawal.

“Aspek pemilikan rumah mampu milik ini adalah merupakan agenda yang utama dan dengan gambaran yang telah diperolehi, beliau dapat membuat langkah susulan dan untuk segera memperluaskan Program Rumah Prihatin Wilayah Persekutuan ke Labuan dengan kos yang sesuai dengan Labuan iaitu landed atau semi-landed strata berkepadatan rendah,” tambah beliau.

Nampaknya turun padang Tan Sri Annuar Musa membawa perkhabaran baik buat para penduduk di Labuan.

Semoga perancangan baik menteri dipermudahkan.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments