Sunday, May 19, 2024
HomeBERITARonnie Liu isytihar keluar DAP, namun tetap sokong Anwar

Ronnie Liu isytihar keluar DAP, namun tetap sokong Anwar

PETALING JAYA, 24 Jun – Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP, Ronnie Liu Tian Khiew mengisytiharkan keluar DAP berkuatkuasa hari ini.

Katanya, walau tidak lagi bersama DAP namun beliau tetap menyokong kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan.

“Ya saya akan terus menyokong PMX Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan.

Perkara itu dinyatakan Ronnie yang juga ADUN Sungai Pelek dalam satu khidmat pesanan ringkas kepada Ketua Pengarang The Malaya Post.

Turut dilampirkan sesalinan surat rasminya kepada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke bertarikh 23 Jun 2023.

“Saya adalah Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat yang akan tamat perkhidmatan saya pada tahun 2025.

“Saya melibat diri dalam perjuangan DAP semenjak di peringkat Sekolah Menengah dan telah menjadi ahli DAP pada tahun 1982.

Katanya selama menjadi ahli DAP selama 41 tahun, banyak perkara telah berlaku dan ada yang di luar jangkaannya.


Ronnie Liu ketika ditemubual hos Nik Suryani Megat Deraman dalam program bual bicara Kerusi Panas The Malaya Post, Oktober lalu.

“Namun 41 tahun berlalu dan bersama DAP, banyak perkara telah berlaku dan ada yang di luar jangkaan saya. Dengan itu saya memohon untuk menamatkan keahlian saya bersama DAP berkuat kuasa mulai 24 Jun 2023”, katanya.

“Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih atas segala peluang dan keyakinan diberikan kepada saya. Segala peristiwa manis pahit, pengalaman suka duka dan pengetahuan yang dihulur oleh Parti kepada saya selama 41 tahun saya berkhidmat dan berjuang bersama DAP Malaysia.

“Semoga DAP terus maju dan sentiasa
memegang prinsip sosialisma demokratik dan konsep perjuangan ‘Malaysia untuk rakyat Malaysia”, katanya.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments