Thursday, May 30, 2024
HomeBERITARON97 naik 2 sen, RON95, diesel kekal

RON97 naik 2 sen, RON95, diesel kekal

Mulai tengah malam ini harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter, manakala harga petrol RON97 naik sebanyak 2 sen menjadi RM2.65 seliter.

Harga runcit produk petroleum itu digunapakai dalam tempoh 4 Januari sehingga 10 Januari ini, ujar Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan yang dibuat.

Dengan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama adalah sebanyak RM2.35 seliter dan RM2.43 seliter ditetapkan secara mingguan.

Ianya menunjukkan kenaikan dari minggu lalu bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.33 seliter dan diesel yang berada pada paras RM2.39 seliter.

Bagi harga runcit untuk dua produk berkenaan dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menangguhkan Program Subsidi Petrol.

Dianggarkan subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan bagi tempoh 4 Januari sehingga 10 Januari 2020 adalah berjumlah RM128.24 juta untuk pengekalan harga runcit bagi kedua dua jenis produk tersebut.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments