Anak muda di mohon untuk memberi sokongan penuh terhadap Rancangan Malaysia Ke-12 yang di bentang oleh Perdana Menteri baru-baru ini.
Menurut Exco Pemuda Perikatan Nasional, Sayed Amir Muzzakkir, dengan meletakkan pembangunan bakat masa depan sebagai pemangkin dasar yang pertama RMKe-12, ia merupakan satu pengiktirafan besar pada golongan muda yang bakal mencorak masa hadapan.
“Dengan meletakkan Pemangkin Dasar yang Pertama iaitu Membangun Bakat Masa Depan, jelas menunjukkan bahawa kerajaan amat prihatin dan mengiktiraf kepentingan bakat anak muda sebagai nadi utama kejayaan RMK-12 dan negara secara keseluruhan.
“Justeru, saya menyeru kepada seluruh anak muda, untuk beri sokongan penuh, mengambil peluang menambah ilmu dan kepakaran, bersama-sama kerajaan dalam membangun masa depan negara yang lebih gemilang” jelas beliau.
Perdana Menteri juga turut di puji kerana mengiktiraf sumbangan besar mantan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam merangka RMKe-12 sejak awal lagi.
“Penghargaan juga buat YAB Perdana Menteri atas pengiktirafan mantan Perdana Menteri YB Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah terlibat dalam penyediaan awal dokumen RMK-12 sejak Mac 2020” katanya.
Beliau berkata, demi menjayakan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, komitmen dan iltizam seluruh rakyat diperlukan.
“Insya-Allah, dengan komitmen dan iltizam seluruh Keluarga Malaysia, Wawasan Kemakmusan Bersama 2030 berjaya di capai” katanya.–THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply