Saturday, July 27, 2024
HomeBERITARisteena, Isa Khan sah bergelar suami isteri

Risteena, Isa Khan sah bergelar suami isteri

Pelakon cantik Nur Risteena atau nama sebenarnya Nur Risteena Munim Zainul Ilyas selamat diijabkabulkan dengan Muhammad Fara Aidid Ali Dad Khan atau lebih dikenali sebagai Isa Khan, juga merupakan pelakon, penyanyi dan juga seorang model.

Nur Risteena menerusi platform media sosial Instagram peribadinya berkongsi photo dan video mereka sekeluarga ketika berada di sebuah masjid bagi menyempurnakan majlis pernikahan pagi tadi.

Kakak kepada pelakon Ruhainies berusia 32 tahun ini kelihatan sangat cantik dalam persalinan serba putih, sedondon dengan Isa, 29.

Untuk rekod, mereka telah bertunang pada 23 Nov 2019 setelah lima bulan berkenalan.

Mengikut perancangan asal, mereka sepatutnya disatukan sebagai suami isteri pada 20 November, tahun lalu.

“Namun, kita hanya mampu merancang, Allah juga yang menentukan. Situasi pandemik COVID-19 memaksa kami menangguhkan majlis perkahwinan,” kata Isa dalam satu temubual terdahulu.

“Alhamdulillah, penantian kami tidak sia-sia apabila kini fasa Perintah Kawalan Pergerakan sudah berakhir, majlis perkahwinan dibenarkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya kepada BH Online.

“Tiada majlis besar-besaran kerana mengikut SOP. Cukuplah sekadar majlis dan acara ringkas pada saat pandemik COVID-19 ini.

Isa yang berjanji akan menjadi pelindung kepada cinta hatinya itu berkata, dia mahu membahagiakan Risteena.

“Insya-Allah, kami akan menjaga masjid yang dibina atas dasar cinta sebaik mungkin. Saya sedar ia bukan satu amanah mudah, namun saya dan Risteena akan melayari kehidupan dengan penuh tanggungjawab dan kasih sayang,” kata
Isa sambil menyifatkan isterinya sebagai wanita sangat hebat dan dia bertuah kerana dapat bersama Risteena.

“Cinta dan kebahagiaan diberikan sangat luar biasa. Saya tidak mahu mempersia-siakan ketulusan hatinya untuk sehidup semati bersama saya. Saya menghargai apa yang dilakukan Risteena untuk menjaga hubungan cinta kami selama ini,” katanya.

Isa dalam pada itu sempat merakamkan lagu berjudul Karunia Terhebat ditujukan khas buat cinta hatinya itu. Alahai bersemut sungguh pasangan ini 🐜

Tahniah dari The Malaya Portal. Semoga dikurniakan cahaya mata sihat yang soleh dan solehah serta kekal bahagia hingga ke Jannah ❤️

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments