Berpeluhlah rimasnya…
Bau badan dan ketiak pasti membuatkan anda & orang sekeliling berasa tidak selesa. Jom kami kongsi tips mengatasinya.

1. Cuka epal
Pada awalnya ia mungkin mengeluarkan bau yang masam tapi boleh menghilangkan bau badan.
Caranya tuang sedikit cuka epal kedalam mangkuk, kemudian celup bebola kapas kedalam mangkuk yang berisi cuka. Sapu pada bahagian ketiak dan biarkan seketika. Bilas ketika mandi.

2. Bicarbonate soda
Campur 1 sudu besar bicarbonate soda dengan air perahan lemon, jadikan pes. Setelah itu sapu pada bahagian ketiak dan biarkan seketika. Bilas dengan air bersih.

3. Lemon
Kupas kulit lemon dan gosok perlahan pada bahagian ketiak . Anda boleh juga gunakan air perahan lemon dengan cara oleskan dibahagian ketiak. Biarkan seketika kemudian bilas.
Semoga bermanafaat, selamat mencuba. –THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply