Akhirnya bekas isteri Sultan Kelantan, Rihana Oksana Gorbatenko atau Rihana Petra telah mendedahkan wajah anak lelaki sulung bersama bekas suaminya, Sultan Muhammad V.

Perkahwinan DiRaja dan perceraian yang penuh kontroversi itu mendapat liputan meluas seluruh dunia apabila kedengaran desas-desus pertikaian zuriat yang dilahirkan pada 21 Mei 2019.
Rihana yang ditemubual Mail Online, akhirnya mendedahkan wajah anak lelakinya, Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra.

“Inilah wajah Putera saya. Wajahnya iras ayahnya, mirip orang Asia” kata Rihana.


Leave a Reply