Thursday, July 11, 2024
HomeBERITARespon Kak Lina Pom-Pom terhadap komen “makcik bawang” mencuit hati netizen!

Respon Kak Lina Pom-Pom terhadap komen “makcik bawang” mencuit hati netizen!

Sebelum ini viral video Elly Mazlein terkesima dicium suami semasa menyediakan masakan ketam masak lemak kesukaan keluarganya.

Para pengikut setia Elly Mazlein atau panggilan mesranya Kak Lina Pom-Pom teruja dan memahami kehangatan cinta pasangan pengantin baru yang dilihat sangat romantik!

Malah ‘followers’ Kak Lina sememangnya sudah terbiasa melihat gelagat pelakon dan penyanyi ini yang sentiasa ceria serta menghiburkan!

Namun biasalah bukan semua orang suka dan boleh menerima cara kita mempamerkan kasih sayang di laman media sosial.

Yang menarik perhatian dan menjadi bualan hangat apabila komen dari seorang netizen yang sudah agak berumur dan boleh dikira panas juga apabila kita membacanya.

Bagaimanapun, lebih mencuit hati ramai perkongsian video oleh Kak Lina ketika memberi respon terhadap komen ‘makcik bawang’ dengan loghat Perak dan Kelatey!

Nak tengok bagaimana reaksi Kak Lina Pom-Pom?

Jom tonton video berdurasi 31 saat yang dimuat naik oleh Elly Mazlein di laman Instagramnya.

Sempoi dan kelakar sungguh!

– THE MALAYA POST 


*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments