Perdana Menteri dan kerajaan telah bersetuju memberi kebenaran pergerakan rentas negeri kepada suami atau isteri yang tinggal berjauhan untuk bertemu keluarga masing-masing.
Menerusi perkongsian di laman media sosial Facebook @Majlis Keselamatan Negara, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob menekankan pergerakan rentas negeri dibenarkan sekali sahaja dalam seminggu.
Menurut Menteri Kanan Kluster Keselamatan, pihak suami atau isteri perlu membuat laporan dan mendapatkan surat kebenaran serta pelepasan daripada pihak polis.
– THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost
KERAJAAN BERSETUJU UNTUK MEMBERI KEBENARAN PERGERAKAN RENTAS NEGERI KEPADA SUAMI ATAU ISTERI YANG TINGGAL BERJAUHAN…
Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Kamis, 14 Mei 2020

Leave a Reply