Sunday, June 23, 2024
HomeBERITARakyat Malaysia yang pulang ke tanah air akan jalani kuarantin wajib di...

Rakyat Malaysia yang pulang ke tanah air akan jalani kuarantin wajib di rumah

Bermula 10 Jun, rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara tidak lagi akan dikuarantin wajib di pusat kuarantin.

Mereka diarahkan kuarantin selama 14 hari di kediaman masing-masing dengan pemantauan pihak berkuasa melalui aplikasi MySejahtera.

Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata rakyat akan menjalani ujian saringan sejurus tiba di lapangan terbang tanah air.

“Bagi mereka yang didapati positif akan dihantar ke hospital untuk rawatan dan bagi yang negatif perlu menjalani kuarantin 14 hari di rumah masing-masing.

“Mereka diwajibkan memuat turun aplikasi MySejahtera bagi memudahkan pihak kesihatan memantau setiap perkembangan mereka.

“Selain itu, mereka juga diwajibkan memakai gelang tangan kuarantin (wristband) bagi memudahkan proses identifikasi,” kata beliau dalam sidang media PKPB.

Di samping itu, beliau turut menegaskan jika terdapat individu yang mengingkari arahan kuarantin dan SOP akan dikompaun RM1,000 serta dihadapkan ke mahkamah.

Tambah beliau lagi, pendekatan ini dibuat setelah mengambil kira kadar jangkitan COVID-19 di negara sudah terkawal dengan lengkung jangkitan menurun.

SIARAN LANGSUNG:SIDANG MEDIA (NON HEALTH) SELEPAS MESYUARAT KHAS MENTERI-MENTERI MENGENAI PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN OLEH YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB, MENTERI KANAN PERTAHANAN.

SIARAN LANGSUNG:SIDANG MEDIA (NON HEALTH) SELEPAS MESYUARAT KHAS MENTERI-MENTERI MENGENAI PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKANOLEH YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB, MENTERI KANAN PERTAHANAN.

Posted by Majlis Keselamatan Negara on Saturday, 6 June 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments