Saturday, November 21, 2026
HomeBERITARakyat Malaysia yang pulang dari negara berisiko akan dikuarantin di pusat kuarantin,...

Rakyat Malaysia yang pulang dari negara berisiko akan dikuarantin di pusat kuarantin, hotel jika tidak sesuai di rumah

Rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara dijangka akan ditempatkan di pusat kuarantin atau hotel bagi menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan berbincang semula mengenai perkara ini jika terdapat individu yang tidak mempunyai persekitaran bersesuaian di rumah untuk dikuarantin.

Ketua pengarah kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah berkata pendekatan terbabit mensasarkan bagi mereka yang pulang dari negara berisiko tinggi dijangkiti COVID-19.

“Kami melihat langkah itu tetapi yang lebih penting sebelum mereka pulang mereka harus melakukan saringan COVID-19 tiga hari sebelum menaiki pesawat.

“Jika perlu kami akan mengulangi ujian semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Sekurang-kurangnya pihak kami tahu mereka yang pulang negatif COVID-19 sebelum menaiki pesawat, malah mereka yang didapati positif akan diasingkan dan dihantar ke hospital.

“Susulan jumlah kes baharu rendah dan kapasiti saringan COVID-19 di bawah tahap maksimum, KKM akan meningkatkan saringan dalam kalangan 11 kumpulan sasaran dan melaksanakan persampelan secara rambang dalam komuniti berdasarkan lokaliti,” ujar beliau.

COVID19 : PUSAT KUARANTIN ATAU HOTEL JIKA TIDAK SESUAI DI RUMAHKEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA Jabatan Perdana Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM Jabatan Penerangan Malaysia

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Kamis, 16 Juli 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments