Saturday, July 27, 2024
HomeBERITARakyat Malaysia dari Wuhan telah selamat sampai, langkah pencegahan dan kawalan infeksi...

Rakyat Malaysia dari Wuhan telah selamat sampai, langkah pencegahan dan kawalan infeksi diawasi ketat oleh KKM

Pesawat khas AirAsia yang membawa pulang rakyat Malaysia dari Wuhan telah selamat mendarat jam 5.57 pagi tadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Seramai 133 orang penumpang termasuk 8 kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), enam pegawai Kedutaan Besar Malaysia dan 12 kru anak kapal diturunkan dari pesawat dan dibawa menaiki bas khas ke Unit Kecemasan Udara (ADU).

Menurut perkongsia terkini KKM di laman sosial media, proses saringan kesihatan yang dibuat ke atas semua penumpang telah selesai dijalankan.

Bagi individu yang melepasi proses saringan dibawa ke Pusat Pemantauan untuk di kuarantin sementara dan sepanjang tempoh berkenaan mereka akan dipantau dari semasa ke semasa.

Semua proses yang dilakukan mengikut SOP langkah pencegahan dan kawalan infeksi ini diawasi ketat oleh kakitangan KKM dan Pasukan Bomba & Penyelamat.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceKKM
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments