Saturday, May 25, 2024
HomeBERITARaja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn kembali ke Jerman

Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn kembali ke Jerman

Selepas meninggalkan penginapannya di pergunungan Alps, Bavaria, selama lebih setahun, Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn dilaporkan kembali ke Jerman bersama 30 anjing poodle, lapor media Jerman.

Akhbar Bild baru-baru ini menyiarkan gambar yang dikatakan raja berusia 69 tahun itu memakai sut trek Adidas berwarna coklat gelap dan oren dalam perjalanan ke kolam renang awam hotel Lapangan Terbang Hilton di Munich.

Laporan itu menyebut, Raja Maha Vajiralongkorn tiba di Munich, pada Isnin, bersama 250 ahli rombongan dan menempah keseluruhan tingkat empat di hotel lapangan terbang itu, selama 11 hari.

Pelawat ke Jerman dari kawasan yang dianggap berisiko tinggi seperti Thailand tertakluk kepada kuarantin sekurang-kurangnya lima hari kecuali mereka boleh menunjukkan bukti bahawa mereka divaksin sepenuhnya atau sudah pulih daripada jangkitan Covid-19.

Gambar yang diterbitkan Bild menunjukkan seorang lelaki yang menyerupai raja memakai pelitup muka dan diiringi seorang wanita yang lebih muda yang dikatakan akhbar itu sebagai pengawal keselamatan.

“Tiba-tiba pengurus hotel dan anggota keselamatan raja datang dan meminta saya memadamkan gambar-gambar itu,” kata wartawan Bild, Karl Keim.

Katanya dia kemudian meminta bantuan polis berhubung kejadian itu yang tidak konsisten dengan peraturan kebebasan akhbar Jerman.

“Anggota keselamatan raja terus memerhatikan saya. Jadi polis menemani ke kereta saya,” katanya.

Sebelum ini Raja Thailand itu menghabiskan banyak masa secara misteri di Bavaria di selatan Jerman sejak 2007.

Vajiralongkorn adalah anak tunggal Raja Bhumibol Adulyadej, yang memerintah selama 70 tahun.

Pewaris diraja itu dilaporkan membeli sebuah vila berhampiran Tasik Starnberg di bandar Tutzing pada 2016.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments