Saturday, May 18, 2024
HomeBERITATERKINIRaja Permaisuri Agong mengislamkan pembantu Istana

Raja Permaisuri Agong mengislamkan pembantu Istana

KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berkenan menyaksikan dan mengendalikan pengislaman kundang atau pembantu Istana baginda, iaitu Cik Christine.

Memetik facebook House of Pahang, majlis berkenaan berlangsung semalam, Jumaat di Surau Utama Istana Negara.

Peristiwa penuh bersejarah itu disaksikan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.

Hadir sama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB. Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan para pegawai Istana Negara

“Di hari Jumaat yang penuh barakah dan kemuliaan, suatu peristiwa penuh bersejarah telah berlaku di Surau Utama Istana Negara apabila KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berkenan menyaksikan dan mengendalikan pengislaman Kundang (pembantu istana) baginda, Cik Christine”, menurut kenyataan House of Pahang.

Sejurus selepas Cik Christine mengucap Dua Kalimah Syahadah di hadapan Seri Paduka Baginda Tuanku,Tunku Hajah Azizah dilihat menitiskan air mata, terharu.

Nama baharu Cik Christine adalah Nur Shakira.

Semoga Cik Nur Shakira terus istiqamah mendalami agama Islam dan berusaha menjadi muslimah yang kukuh akidah dan teguh peribadi.

Islam itu Indah, Islam itu mudah.

Pengislaman Kundang (Pembantu Istana) Raja Permaisuri Agong Di hari Jumaat yang penuh barakah dan kemuliaan, suatu…

Dikirim oleh House Of Pahang pada Jumat, 13 Maret 2020

Daulat Tuanku. AllahuAkbar. –THE MALAYA POST

#houseofpahang #pahang #permaisurikita #TPRTPJ #pengislaman #istananegara

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments