Sunday, May 12, 2024
HomeBERITAPusat membeli belah, pasaraya, kedai kain antara tempat paling berisiko penularan COVID-19

Pusat membeli belah, pasaraya, kedai kain antara tempat paling berisiko penularan COVID-19

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah bermula kelmarin, oleh itu pastikan anda sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Dalam situasi negara mengalami krisis pandemik COVID-19, anda mungkin berisiko menjangkiti atau dijangkiti jika kerap keluar rumah tanpa urusan penting.

Justeru pengamalan norma baharu yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ketika berada di luar rumah amat penting terutamanya berada di tempat umum seperti di pusat membeli belah.

Pusat membeli belah, pasaraya atau tekstil merupakan tempat yang sangat berisiko bagi penularan wabak COVID-19.

Tanpa kita sedari mungkin terdapat status individu yang dijangkiti tetapi tidak bergejala serta amalan perjarakkan sosial di antara individu juga sukar dipatuhi.

Tempat yang kerap dikunjungi, sesak dan padat amat tidak sesuai untuk golongan warga emas dan kanak-kanak kerana golongan ini berpontensi tinggi terdedah dengan jangkitan virus.

Sehubungan itu, KKM menyarankan agar rakyat mengamalkan konsep kawalan kendiri sepanjang PKPB ini dengan menggalakkan pembelian secara atas talian supaya dapat mengurangkan risiko jangkitan serta tidak keluar rumah tanpa urusan mustahak.

PKPB telah pun bermula hari ini 4 Mei 2020. Pastikan kita semua mengamalkan langkah-langkah pencegahan dan mematuhi SOP…

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Minggu, 03 Mei 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments