Sunday, May 19, 2024
HomeBERITAPusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 MAEPS tamat operasi sepenuhnya hari ini

Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 MAEPS tamat operasi sepenuhnya hari ini

Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 MAEPS Serdang menamatkan operasi sepenuhnya hari ini (10 Julai).

Penutupan operasi ini berikutan setelah seorang pesakit terakhir dibenarkan pulang dan discaj pada hari ini.

Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr Adham Baba turut hadir serta membuat lawatan ke pusat berkenaan sempena penamatan operasi.

Dalam kunjungan berkenaan, beliau turut ditemani Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan KKM, Dato’ Dr Norhizan Ismail dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Dato’ Indera Dr Sha’ari Ngadiman.

Sejak mula dibuka pada 25 Mac lalu, seramai tiga orang pesakit dari Hospital Kuala Lumpur dirawat dan ditempatkan di pusat operasi ini.

Pada 6 Jun, MAEPS menerima 687 pesakit dan jumlah ini merupakan bilangan tertinggi yang dicatatkan sepanjang operasi.

Serdang, 10 Julai 2020 – YB Dato' Sri Dr Adham bin Baba, Menteri Kesihatan Malaysia telah hadir ke Pusat Kuarantin &…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Thursday, 9 July 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments