Thursday, May 30, 2024
HomeBERITAPRU15: Anwar lawan Peja di Parlimen Tambun?

PRU15: Anwar lawan Peja di Parlimen Tambun?

IPOH, 20 Oktober – Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan yang beliau akan bertanding di Parlimen Tambun, Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menurut Anwar dalam ucapan pada Konvensyen Pakatan Harapan (PH) di sini malam ini, beliau memilih kawasan yang bukannya mudah untuk mendapatkan majoriti besar.

Pun begitu beliau bertanggungjawab untuk melonjakkan gerakan PH di negeri-negeri utara.

“Saya yakin untuk menang dan merampas Tambun dan Perak. Ini kesediaan saya,” katanya.

Bekas Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata Perak akan diangkat menjadi negeri yang maju, terutamanya dari segi ekonomi seperti Pulau Pinang dan Selangor, jika PH diberikan mandat oleh rakyat untuk mentadbir negeri itu.

Dalam pada itu,  penyandang kerusi Parlimen Tambun Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengalu-alukan mana-mana pemimpin politik termasuk Presiden PKR Datuk Seri Anwar untuk bertanding di Parlimen Tambun pada PRU15.
Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Bersatu berkata beliau tidak akan berasa tergugat dengan siapapun lawannya pada PRU15 kerana ia proses yang perlu dilalui oleh ahli politik dalam mendukung amalan demokrasi.

Sementara itu, Setiausaha Agung PH Datuk Seri Saifuddin Nasution, mengumumkan Anwar sebagai calon tunggal Perdana Menteri blok politik tersebut.

Beliau berkata pengalaman dan perjuangan Anwar dalam dunia politik, harus diangkat dan diiktiraf sebagai calon perdana menteri.

Dalam pada itu, Saifudin turut mengumumkan bahawa PH telah selesai memuktamadkan rundingan kerusi-kerusi Parlimen bagi komponen parti dalam menghadapi PRU15 ini, manakala satu keputusan akan diumumkan dalam masa tiga hari berkaitan parti atau blok di luar komponen mereka.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments