Sunday, September 8, 2024
HomeBERITAProjek pembangunan utama di pantai timur diteruskan - PM

Projek pembangunan utama di pantai timur diteruskan – PM

TUMPAT, 9 Sept – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan akan meneruskan projek utama di pantai timur bagi memastikan kawasan itu tidak ketinggalan dalam aspek pembangunan.

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri, projek itu membabitkan pembinaan Jambatan Sungai Golok dan Pengkalan Kubor-Takbai (Kelantan), Projek Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3, Terengganu) dan projek pelebaran Lebuh Raya Kuantan Segamat, Fasa 2 (Pahang).

“Kesemua projek itu diputuskan pada Mesyuarat Majlis Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) Bilangan 2/2022 tadi,” katanya semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Laman Warisan Kampung Laut di sini pada Jumaat.

Hadir sama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob; Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Datuk Seri Ismail Sabri berkata, projek LPT3 melibatkan jajaran sejauh 147 kilometer (km) bermula dari Gemuruh di Terengganu sehingga ke Pengkalan Kubor, Kelantan.

Perdana Menteri berkata, kerajaan juga bersetuju untuk melebarkan jalan projek Lebuh Raya Kuantan – Segamat, Fasa 2 sejauh 51 km dari Runchang ke Simpang 3 Keratong di Pahang.

Ujar beliau, Projek Tebatan Banjir di Rantau Panjang-Golok Fasa 2 berjumlah RM897 juta turut diluluskan.

Katanya, keputusan itu memperlihatkan kerajaan Persekutuan berlaku adil kepada semua negeri di Malaysia.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments