Monday, October 21, 2024
HomeBERITAProjek Mara Digital Mall diteruskan - PM

Projek Mara Digital Mall diteruskan – PM

Perdana Menteri mengarahkan Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk meneruskan projek Mara Digital Mall bagi membuka peluang kepada anak muda bumiputera terlibat sebagai usahawan teknologi (IT).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tinjauan mengejutnya ke pusat membeli-belah itu mendapati peniaga mampu untuk meneruskan perniagaan kerana jualan semakin meningkat.

“Mara Digital sangat dekat di hati saya. Ia diwujudkan bagi membangunkan usahawan Bumiputera dalam bidang IT dan gajet sama ada menjual produk, pembaikan dan lain-lain.

“Beberapa Mara Digital telah diwujudkan seperti di Shah Alam, Kuantan, Ipoh dan beberapa tempat yang telah dikenal pasti seperti di Larkin Johor, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Kuching serta Kota Kinabalu,” katanya menerusi akaun media sosial miliknya.

Katanya selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pemerintahan, Mara Digital Mall  ditutup dan projek baharu tidak diteruskan.

“Saya telah mengarahkan Mara meneruskan projek Mara Digital ini bagi membuka peluang kepada anak muda bumiputera terlibat sebagai usahawan IT yang merupakan trend terkini dan masa depan,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri membuat tinjauan mengejut di Mara Digital Kuala Lumpur bersama, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

“Alhamdulillah, dalam tinjauan peniaga memaklumkan masih mampu untuk meneruskan perniagaan kerana jualan semakin meningkat cuma memerlukan sokongan dari Mara seperti promosi, bantuan pinjaman, pengurangan kadar sewa dan lain-lain,” katanya.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments