Program Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera (LMTS) 2019 akan dilanjutkan tempoh sehingga 31 Ogos tahun ini.
Menerusi perkongsian video TV Darul Iman, kerajaan negeri bersetuju melanjutkan tempoh berkenaan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata sehingga hari ini jumlah peserta yang belum menyempurnakan program LMTS adalah seramai hampir tujuh ribu orang merangkumi semua daerah.
“Sejak pelaksanaan PKP yang bermula pada 18 Mac lalu, sedikit sebanyak menghalang serta menyukarkan peserta untuk meneruskan atau memulakan fasa satu dan dua dalam program Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera.
“Oleh itu, kita telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh sehingga 31 ogos 2020 yang masih berbaki lebih kurang dua bulan lebih.
“Saya menyeru kepada semua peserta Lesen Motosikal LMTS 2020 yang telah menerima surat tawaran untuk menjalani ujian dan seterusnya fasa kedua dapat berbuat demikian secepat mungkin,” ujar beliau.
Kerajaan negeri bersetuju melanjutkan tempoh program Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera (LMTS) 2019 yang sepatutnya…
Posted by TV Darul Iman on Wednesday, 17 June 2020
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply