Friday, October 4, 2024
HomeBERITAProgram Jualan Ikan Murah JIMAT@MADANI akan diperluas

Program Jualan Ikan Murah JIMAT@MADANI akan diperluas

PERMATANG PAUH, 3 Jun – Bagi memenuhi permintaan rakyat, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan memperluaskan Program Jualan Ikan Murah JIMAT@MADANI di seluruh negara.

Program yang menyasarkan golongan B40 itu menyediakan ikan segar daripada nelayan tempatan dengan potongan harga sehingga 25 peratus daripada harga asal.

Jelas Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil, pihaknya kini sedang mengenal pasti lokasi-lokasi sesuai yang akan menjadi tapak untuk program berkenaan.

“Ia perlu bagi membantu golongan terbabit membeli barang basah itu pada harga murah sebagai usaha membantu meringankan beban mereka,” katanya kepada pemberita di sini.

Jualan yang berlangsung pada pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari tadi melibatkan kira-kira 500 kilogram ikan seperti jenahak, kembung, cencaru dan lain-lain.

Lokasi itu merupakan tempat permulaan bagi program jualan ikan JIMAT@MADANI dengan menawarkan pelbagai jenis ikan segar khususnya dari nelayan tempatan.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments