Saturday, May 25, 2024
HomeBERITAPremis makanan dibenarkan beroperasi, pembeli disaran beli bungkus dan makan di rumah

Premis makanan dibenarkan beroperasi, pembeli disaran beli bungkus dan makan di rumah

Langkah kerajaan membenarkan beberapa sektor kembali beroperasi bertujuan untuk menggerakkan dan menjana semula pertumbuhan ekonomi negara.

Antara sektor yang dibenarkan kembali menjalankan operasi bermula 4 Mei depan ialah premis kedai makan.

Namun, ada beberapa pendekatan yang harus diambil pengusaha makanan dalam usaha memastikan pencegahan penularan wabak COVID-19.

Menerusi laman media sosial Facebook @Public Health Malaysia, langkah paling penting adalah dengan mencatat nama, nombor telefon pelanggan, tarikh dan masa mereka datang ke restoran.

Ini penting kerana jika ada kes positif COVID-19 yang melibatkan salah seorang pelanggan, pembelu lain yang datang pada hari berkenaan boleh segera dikesan.

Bilangan pelanggan juga terhad dan bergantung kepada keluasan premis makan terbabit.

Kedudukan meja dan kerusi makan haruslah mengikut ‘sosial distancy’ iaitu dengan jarak 2 meter di antara satu sama lain.

Begitu juga jarak kaunter pembayaran haruslah diikuti. Hand sanitizer atau pembersih tangan perlu diletakkan di setiap kaunter pembayaran.

Langkah keselamatan buat kakitangan perlu dititikberatkan dengan memakai topeng muka, kekerapan membersihkan tangan dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.

Pemeriksaan suhu badan ke atas pelanggan dan kakitangan adalah penting dalam usaha mengesan mereka yang mempunyai simptom virus ini.

Merokok dan vape tidak dibenarkan!

Walaupun telah mendapat kelonggaran untuk makan di luar, adalah sangat digalakkan agar rakyat bersabar dan cuba untuk terus kekal duduk di rumah.

Jika perlu, beli bungkus makanan dan bawa pulang.

Ini demi memastikan pembendungan dan seterusnya berjaya memutuskan rantaian virus pandemik ini.

Kita mampu lakukannya!

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2618548291768360&id=1712327752390423

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments