Thursday, June 20, 2024
HomeBERITAPremis hiburan masih belum dibenarkan beroperasi

Premis hiburan masih belum dibenarkan beroperasi

Kebenaran operasi kelab malam atau pub sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih lagi tidak dibenarkan.

Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mana-mana kelab malam yang didapati membuka tanpa kebenaran dianggap melanggar peraturan serta undang-undang negara.

Justeru beliau meminta pihak polis ataupun Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengambil tindakan segera mengeluarkan arahan penutupan premis jika ada yang didapati melanggar Akta yang dikeluarkan kerajaan.

Pada sidang media PKPB petang tadi, beliau sekali lagi menegaskan bahawa tiada kebenaran operasi yang diberikan kepada semua pengusaha premis kelab malam di seluruh negara.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments