Saturday, July 13, 2024
HomeBERITAPolis guna dron tinjau lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan

Polis guna dron tinjau lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan

PETALING JAYA, 8 Disember – Polis menerbangkan sebuah dron di sekitar kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai sekitar jam 5.30 petang tadi.

Berikut adalah petikan gambar-gambar yang sempat The Malaya Post rakamkan siang tadi.

Dron berkenaan diterbangkan untuk membantu siasatan berhubung kes penemuan mayat kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6 tahun.

Dron itu diterbangkan di sekitar lokasi anak sungai dan belukar yang menjadi tempat penemuan mayat Zayn Rayyan.

Dron berkenaan turut diterbangkan setinggi 30 meter setinggi 30 meter berhampiran Blok R.

Kehilangan Zayn Rayyan 5 Disember lalu terungkai apabila mangsa ditemui meninggal dunia di anak sungai kira-kira 200 meter dari Apartmen Idaman, Damansara Damai pada Rabu.

Mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.

Susulan itu, kawasan apartmen di sini terus menjadi tumpuan media selepas mayat Zayn Rayyan ditemukan sejak dua hari lalu.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments