Wednesday, May 15, 2024
HomeBERITAPolis akan mengambil tindakan proaktif dan menjalankan siasatan terperinci pada terhadap isu...

Polis akan mengambil tindakan proaktif dan menjalankan siasatan terperinci pada terhadap isu sensitif yang timbul melalui laman media sosial – Pengarah JSJ

Penggunaan internet dan media sosial oleh majoriti masyarakat pada hari ini memperlihatkan banyak penularan kenyataan serta video sensitif atau berunsur fitnah yang menyentuh isu-isu berkenaan agama, politik, kaum dan sebagainya.

Perkembangan ini dilihat sebagai sesuatu yang negatif ekoran kesannya yang mampu menggugat keamanan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dato’ Huzir Mohamed berkata pihak PDRM sentiasa mengambil tindakan proaktif dan menjalankan siasatan yang terperinci terhadap setiap insiden atau isu sensitif yang timbul.

“Ingin ditegaskan bahawa menjadi tugas dan tanggungjawab PDRM untuk menjalankan siasatan dengan telus dan adil selaras dengan undang-undang yang ditetapkan.

“Siasatan akan sentiasa dijalankan secara menyeluruh dan kenyataan daripada setiap yang terlibat akan diambil waima siapa pun mereka, kedudukan atau pun fahaman politik yang dibawa serta bukti-bukti yang berkaitan juga perlu dikumpulkan sebelum dianalisa dan seterusnya dirujuk kepada jabatan peguam negara dengan cadangan tertentu bergantung kepada hasil siasatan.

“Tanggapan bahawa pihak polis lewat dalam menjalankan siasatan tidak sewajarnya timbul memandangkan keperluan yang berbeza dari segi pembuktian dalam setiap kes akan menentukan jangka masa yang diperlukan bagi penyelesaian kes tersebut, dari aspek keputusan sesuatu kes ianya adalah terletak kepada penilaian dan pertimbangan pihak jabatan peguam negara,” ujarnya.

Berbicara lanjut, beliau berkata jabatan siasatan jenayah melalui Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), bahagian pendakwaan/undang-undang (d5) Bukit Aman sedang menjalankan siasatan berkait isu-isu sensitif sepertimana yang berlaku, antaranya :

1. Kes berkaitan video viral dengan bendera malaysia bintang lima (5) bucu dan jalur merah/putih 11 baris.

1.1 Siasatan diklasifikasikan di bawah seksyen
504 kanun keseksaan dan seksyen 233 akta komunikasi dan multimedia 1998.

1.2 Sehingga kini, seramai lima (5) orang saksi telah diambil keterangan terdiri daripada pengadu, penganjur, setiausaha eksekutif persatuan, pengarah syarikat dan vendor it. Rampasan terhadap perkakasan yang digunakan turut dilaksanakan pihak PDRM turut menerima 31 laporan polis berkenaan isu yang sama.

1.3 Siasatan telah dilengkapkan dan kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat peguam negara pada 11 Disember 2019.

2. Kes penganjuran majlis peringatan ulangtahun ke-30 perjanjian damai Hatyai oleh persatuan persahabatan abad ke-21 di Kajang, Selangor.

2.1 Siasatan diklasifikasikan di bawah seksyen 505 (c) kanun keseksaan dan seksyen 233 akta komunikasi dan multimedia 1998.

2.2 Berkaitan isu ini, siasatan yang dijalankan
mendapati gambar-gambar yang tular di media sosial adalah berkaitan dengan majlis yang berlaku di hotel Lee Garden Hatyai, Thailand. Satu (1) siaran media telah dibuat oleh Dato’ Huzir Bin Mohamed, pengarah jabatan siasatan jenayah berkait isu tersebut. Manakala, satu (1) lagi majlis sama dikenal pasti berlaku di auditorium New Era College, Kajang, Selangor.

2.3 Terdapat sembilan (9) persatuan yang dikenal pasti terlibat dalam penganjuran majlis tersebut. Empat (4) individu telah dikenal pasti memberi ucapan pada majlis tersebut antaranya YB Ronnie Liu (Adun Sg Pelek), editor persatuan persahabatan abad ke-21, wakil Parti Komunis Malaya (PKM) dan wakil persatuan kawan karib Sarawak. Setakat ini, seramai enam (6) saksi telah diambil keterangan. Manakala saksi-saksi lain akan diambil keterangan berdasarkan temujanji yang telah ditetapkan. Sehingga kini, pihak PDRM telah menerima 72 laporan polis berkait isu yang sama.

2.4 Siasatan masih lagi dijalankan dan beberapa tindakan akan diambil termasuklah mendapatkan keterangan dari pakar sejarah. Selain itu, laporan daripada pihak ketiga iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan pendaftar pertubuhan juga akan diperolehi bagi membantu siasatan. Kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat peguam negara berserta cadangan berdasarkan dapatan hasil siasatan.

3. Kes abu mayat Chin Peng dibawa pulang ke Perak

3.1 Siasatan diklasifikasikan di bawah seksyen 504 dan 505(c) kanun keseksaan serta seksyen 233 akta komunikasi dan multimedia 1998.

3.2 Seramai 10 saksi telah diambil keterangan terdiri daripada pihak pengadu. Editor malaysiakini, wartawan, pembawa abu mayat dan juga individu yang terlibat dalam upacara yang dijalankan.

3.3 Siasatan masih lagi dijalankan dan beberapa tindakan akan diambil termasuklah mendapatkan keterangan pakar sejarah. Laporan daripada pihak SKMM, jabatan imigresen malaysia, pendaftar pertubuhan, kementerian kesihatan malaysia dan jabatan kastam diraja malaysia akan turut diambil bagi membantu siasatan. Sehingga kini, 11 laporan polis telah dibuat berkenaan isu ini.

3.4 Kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat peguam negara berserta cadangan berdasarkan dapatan hasil siasatan.

4. Kes nyanyian lagu “Negaraku’ dalam bahasa Mandarin dan bahasa Arab

4.1 Siasatan diklasifikasikan di seksyen 813 akta lagu kebangsaan 1968 dan seksyen 233 akta komunikasi dan multimedia 1998.

4.2 Dua (2) insiden berasingan telah dikenal pasti berkait dengan kesini. Insiden pertama melibatkan nyanyian lagu Negaraku’ dalam bahasa mandarin dikesan berlaku di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ma Hwa, Seremban, Negeri Sembilan dan didakwa berlaku pada September 2018 satu (1) kenyataan media oleh ketua pengarah kementerian pendidikan malaysia mengesahkan insiden ini dan pihak mereka sedang menjalankan siasatan terperinci sehingga kini, dua (2) saksi telah dirakam keterangan iaitu penolong pengarah sektor perancangan dan pengurusan pejabat pendidikan daerah (aduan siasatan). Jabatan pendidikan negeri sembilan serta guru besar sekolah jenis kebangsaan (c) Ma Hwa. Manakala, rakaman percakapan ke atas saksi-saksi lain akan dilaksanakan berdasarkan temu janji yang telah diaturkan.

4.3 Manakala bagi insiden kedua nyanyian lagu
“Negaraku’ dalam bahasa bahasa Arab dikesan berlaku di Sekolah Kebangsaan Batu Empat. Gurun, Kedah. Rakaman percakapan atas saksi saksi yang dikenal pasti telah dilaksanakan pada 10 Disember 2019. Saksi-saksi yang berkaitan adalah guru besar, pegawai pendidikan daerah Kuala Muda, Kedah dan saspek yang merakam serta memuat naik video dalam facebook sehingga kini terdapat lapan (8) laporan polis telah diterima berkaitan isu yang sama.

4.4 Kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat peguam negara berserta cadangan berdasarkan dapatan hasil siasatan.

5. Kes mencabul kehormatan melibatkan Y.B Dato Seri Anwar Ibrahim

5.1 Siasatan diklasifikasikan di bawah seksyen 354 kanun keseksaan rakaman percakapan muhammed Yusuff Rawther (pengadu) telah diambil di pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman pada 9 Disember 2019, rampasan turut dibuat ke atas akuan bersumpah yang dibuat oleh pengadu. Percakapan YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim serta beberapa saksi lain yang berkaitan akan diambil setelah mendapat tarikh temu janji yang sesuai.

5.2 Kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat peguam negara berserta cadangan berdasarkan dapatan hasil siasatan.

Dalam pada itu, beliau menambah pihak PDRM menggesa orang ramai untuk menghentikan sebarang spekulasi berkenaan siasatan yang dijalankan sebarang kenyataan ataupun artikel yang berkaitan dengan perkara ini tidak sewajarnya dimuat naik atau dikongsi di laman sosial dan sebagainya. Penularan kenyataan/bahan bahan berkaitan isu-isu yang sedang disiasat oleh pihak PDRM dikhuatiri akan menimbulkan suasana tegang dan mencetuskan suasana tidak harmoni di dalam negara ini.

Tambahnya lagi, tindakan memuat naik kenyataan artikel berkaitan perkara tersebut boleh mengakibatkan satu (1) siasatan di bawah seksyen 233 akta komunikasi dan multimedia 1998 dijalankan pihak PDRM juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang didapati sengaja mensensasikan isu-isu tersebut.

Dato’ Huzir Mohamed menegaskan sekali lagi bahawa sudah menjadi tugas dan tanggungjawab pihak PDRM untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan negara ini. Justeru itu, diharapkan orang ramai dapat bersikap tenang dan memberikan sepenuh kepercayaan kepada pihak PDRM untuk mengendalikan siasatan berkait isu-isu ini.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments