Wednesday, October 16, 2024
HomeBERITAPN letak calon di semua 28 DUN Melaka

PN letak calon di semua 28 DUN Melaka

Perikatan Nasional (PN) mengesahkan meletak calonnya di semua 28 kerusi DUN Melaka.

Ia sekaligus menyaksikan pertandingan sekurang-kurangnya tiga penjuru di sebahagian besar kerusi DUN Melaka.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yasin ketika mengumumkan bagi pihak PN berkata, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan bertanding di 15 kerusi DUN, diikuti lapan kerusi ditandingi PAS dan lima oleh GERAKAN.

Beliau berkata demikian pada sidang media pengumuman calon PN secara maya hari ini.

Hadir sama, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden GERAKAN, Datuk Dr Dominic Lau.

Turut hadir Pengerusi PN Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.

Terdahulu Barisan Nasional (BN) mengumumkan meletak calonnya di semua kerusi DUN Melaka, sementara petang ini juga, PH mengumumkan untuk mengambil pendekatan sama.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments