Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAPM umum pakej bantuan khas PERMAI bernilai RM15 bilion

PM umum pakej bantuan khas PERMAI bernilai RM15 bilion

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan 22 inisiatif di bawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) berjumlah RM15 bilion bagi membantu rakyat dan ekonomi negara.

Beliau berkata, pakej bantuan PERMAI menambah baik inisiatif sedia ada yang masih berterusan dan juga mempercepatkan pelaksanaan inisiatif yang berkaitan.

22 inisiatif yang diumumkan akan dilaksanakan berteraskan kepada tiga matlamat utama iaitu memerangi wabak COVID-19, memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan.

Menurut beliau kerajaan juga menyediakan dana tambahan RM1 bilion merangkumi RM800 juta kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan selebihnya kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta agensi lain.

“Penyediaan peruntukan itu menumpukan kepada bekalan antaranya tambahan reagen dan kit saringan serta kelengkapan perlindungan diri (PPE) terutama kepada petugas kesihatan,” ujar beliau ketika mengumumkan pakej bantuan terbabit yang bersiaran langsung di semua rangkaian televisyen kerajaan dan swasta jam 4 petang hari ini.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments