Sunday, June 16, 2024
HomeBERITAPM turun padang, tinjau keadaan pasaraya sambil membeli barangan keperluan

PM turun padang, tinjau keadaan pasaraya sambil membeli barangan keperluan

Perkongsian Perdana Menteri di laman Facebook rasmi miliknya sedikit berbeza dari kebiasaannya.

Jika sebelumnya, beliau akan memuatnaik rutin kerja, info terkini dan makluman khas, tetapi kali ini Tan Sri Muhyiddin Yassin berkongsi sisi peribadi beliau untuk tatapan para pengikutnya.

Dalam sibuk mengurus tadbir kerajaan ditambah pula dengan situasi negara berhadapan serangan jangkitan COVID-19, Perdana Menteri sempat membeli-belah barangan keperluan sekaligus meninjau serta membuat pemantauan keadaan di sebuah pasaraya di ibu kota.

“Pagi tadi saya sempat turun ke sebuah pasaraya di Kuala Lumpur.

“Cari barang-barang sedikit sambil melihat amalan orang ramai di pasaraya.”

Beliau berkata, rakyat tidak perlu membuat pembelian panik atau risau berkenaan bekalan makanan kerana kerajaan telah memberi jaminan bahawa stok keperluan harian mencukupi untuk semua rakyat.

“Barang-barang di pasaraya pun penuh. Jadi kita tidak perlu panik.”

Dalam pada itu, beliau turut memuji tindakan orang ramai yang mematuhi penjarakkan sosial seperti yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ketika berada di pasaraya.

“Alhamdulillah, ramai sudah peka mengenai keperluan penjarakkan sosial.

“Jika kita sama-sama mematuhi dan mengamalkan peraturan yang telah ditetapkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), maka tidak mustahil kita dapat menangani krisis ini dengan baik,” ujar beliau.

Pagi tadi saya sempat turun ke sebuah pasaraya di Kuala Lumpur. Cari barang-barang sedikit sambil melihat amalan orang…

Dikirim oleh Muhyiddin Yassin pada Minggu, 29 Maret 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments