Tuesday, July 16, 2024
HomeBERITAPM terus umum inisiatif kurangkan beban rakyat! Tiga inisiatif penangguhan balik pinjaman...

PM terus umum inisiatif kurangkan beban rakyat! Tiga inisiatif penangguhan balik pinjaman bank

Misi meringankan beban rakyat diteruskan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan media mengumumkan penangguhan bayaran balik pinjaman bank sehingga enam bulan dan penyusunan semula baki kad kredit serta pinjaman korporat dengan jumlah manfaat bernilai sekurang-kurangnya RM100 bilion kepada peminjam.

Menurutnya Perdana Menteri, kerajaan hari ini sentiasa mendengar permintaan dan denyut nadi rakyat malah beliau sendiri sedar bahawa impak wabak COVID-19 ini bukan hanya menimbulkan keresahan dari sudut kesihatan dan kesejahteraan namun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini juga menimbulkan keresahan rakyat dari segi kewangan.

Rakyat yang datang dari pelbagai bidang kerja, sama ada usahawan, petani, nelayan, pekerja harian pastinya tertanya-tanya akan kedudukan ekonomi mereka dan antara perkara utama yang menimbulkan keresahan ialah pembayaran balik pinjaman bank, baik dari segi pinjaman persendirian mahupun Perusahaan Kecil dan Sederhana (IKS) yang mana perniagaan mereka terjejas akibat penularan wabak ini.

Oleh sebab itu setelah mengadakan beberapa sessi perbincangan dengan Kementerian Kewangan (MOF) dan Bank Negara Malaysia (BNM), beliau telah mengumumkan:

1- Bermula 1 April 2020, bank bank tempatan akan menawarkan moratorium atau penangguhan bayaran balik sehingga enam bulan kepada peminjam peminjam individu dan PKS.

2- Pemegang kad kredit yang menghadapi kekangan kewangan boleh memilih untuk menukar baki kad kredit kepada pinjaman berjangka dan fleksibiliti penangguhan pembayaran balik kad kredit ini boleh dimanfaatkan oleh peminjam dari 1 April 2020 sehingga 31 Disember 2020.

3- Sektor korporat boleh berunding dengan bank masing-masing untuk menyusun semula pembayaran balik yang sesuai dengan keadaan perniagaan mereka kerana ianya penting untuk membolehkan syarikat terus berkemampuan untuk mengekalkan pekerjaan dan segera meneruskan aktiviti perniagaan.

Tambah beliau lagi, semua langkah-langkah penangguhan bayaran balik pinjaman, penyusunan baki kad kredit dan penstrukturan semula pinjaman perniagaan ini melibatkan jumlah bernilai sekurang-kurangnya RM100 bilion.

Menurutnya setelah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara tempoh hari, kini kerajaan sedang mengkaji pelbagai cara untuk mengurangkan beban rakyat dan satu lagi pelan rangsangan ekonomi bakal dilancarkan tidak lama lagi yang lebih komprehensif dan bermakna demi rakyat dan ekonomi negara.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments