Tuesday, June 11, 2024
HomeBERITAPM terima sumbangan RM5.6 juta untuk tabung COVID-19

PM terima sumbangan RM5.6 juta untuk tabung COVID-19

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima sumbangan daripada lima syarikat bernilai RM5.6 juta untuk tabung COVID-19.

Antara lima syarikat yang menyumbang adalah Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua), diwakili oleh Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato’ Zainal Abidin Ahmad yang menyumbang RM2 juta.

 

Sapura Holdings Sdn Bhd melalui Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Eksekutif bukan bebas, Tan Sri Dato’ Seri Shahril Shamsuddin serta 99 Speed Mart Sdn Bhd yang diwakili Pengarah Eksekutif, Ng Lee Tieng masing-masing menyumbang RM1 juta.

 

Kumpulan Perbankan RHB yang diwakili Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Khairussaleh Ramli turut menyumbang RM1 juta.

Kwong Wah Yit Poh Press Bhd melalui Penolong Ketua Pengarangnya, Encik Ng Yee Min pula menyumbang RM600,000.

Mah Sing Group yang diwakili Pengarah Urusan Kumpulan, Tan Sri Dato’ Sri Leong Hoy Kum pula menyumbangkan 20 unit ventilator bernilai RM3.9 juta.

Jumlah sumbangan wang terkumpul termasuk geran kerajaan adalah sebanyak RM19.52 juta.

Bagi barangan pula, nilai sumbangan terkumpul adalah berjumlah RM24.9 juta.

Untuk rekod Tabung COVID-19 dilancarkan pada 11 Mac lepas sebagai usaha kerajaan membantu rakyat yang terjejas ekoran wabak itu.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments