Friday, October 18, 2024
HomePOLITIKPM terima kunjungan hormat pemimpin Hamas

PM terima kunjungan hormat pemimpin Hamas

PUTRAJAYA : Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerima kunjungan hormat beberapa pemimpin Hamas diketuai Ismael Haniyya di Putrajaya siang tadi.

Perkara itu dimaklumkan menerusi akaun Twitter rasmi Tun Dr Mahathir.

Turut disertakan lima gambar pertemuan berkenaan.

Dalam pertemuan di Pejabat Perdana Menteri itu, Ismael menzahirkan penghargaan kepada Tun Dr Mahathir kerana membawa idea segar berkenaan dunia Islam melalui penganjuran Sidang Kemuncak Kuala Lumpur, hujung bulan lalu.

Ismael turut menyampaikan penghargaan atas usaha dan sokongan berterusan Dr Mahathir kepada rakyat Palestin.

Menurut pemimpin Hamas itu, Malaysia mempunyai kedudukan yang amat istimewa dalam dunia Islam.

“Turut dibincangkan ialah beberapa perkara berkaitan perkembangan terkini dan nasib yang menimpa rakyat Palestin,” jelasnya.

Dr Mahathir terkenal dengan kelantangannya mempertahankan Palestin, antaranya membidas keputusan Amerika Syarikat yang tidak menganggap penempatan Israel di Tebing Barat sebagai penempatan haram. –THE MALAYA POST

*SubcribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments