Thursday, July 18, 2024
HomeBERITAPlay M Entertainment akan ambil tindakan undang-undang terhadap komen melampau netizen

Play M Entertainment akan ambil tindakan undang-undang terhadap komen melampau netizen

Play M Entertainment mengumumkan akan mengambil tindakan undang-undang kepada netizen yang meninggalkan komen berunsur negatif terhadap artis rakamannya Apink.

Dalam satu kenyataan agensi berkenaan berkata, “Kami akan mengambil tindakan undang-undang yang ketat terhadap komen-komen yang berniat jahat.”

“Kami tidak akan berdiam diri jika terdapat individu menyebarkan khabar angin palsu, memuat naik siaran yang mengandungi gangguan seksual, memfitnah dan sebagainya di media sosial.”

“Oleh kerana tindakan individu tertentu bukan sahaja memberikan kesan buruk dan tekanan terhadap kumpulan wanita Korea, Apink malah ahli keluarga terdekat turut terkena tempias terbabit sehingga boleh menjejaskan kesihatan mental.”

“Kami telah bekerjasama dengan firma undang-undang selepas mengumpul dan menganalisis pelbagai kandungan sebagai bukti dan kami akan menfailkan tuntutan mahkamah tidak lama lagi.” –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments