Tuesday, July 16, 2024
HomeBERITAPKPD di beberapa kawasan dilanjutkan

PKPD di beberapa kawasan dilanjutkan

Sebelum ini kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di empat lokasi iaitu di Hulu Langat, Simpang Renggam, Menara City One dan Selangor Mansion dan Malayan Mansion.

Bagi PKPD Batu 21-23, Kampung Sungai Lui, Hulu Langat semalam merupakan hari terakhir PKPD dilaksanakan kecuali Maahad Tahfiz An-Nabawiyyah dan sebuah rumah di Batu 23, Kampung Paya Lebar dilanjutkan PKDP sehingga 28 April 2020.

Tujuh perkampungan Melayu dan dua perkampungan orang asli PKPD telah ditamatkan kecuali Maahad Tahfiz kerana masih terdapat kes COVID-19.

Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baru Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang Johor, kedua-dua lokasi ini tempoh PKPD dilanjutkan sehingga 28 April kerana berlakunya penambahan kes COVID-19 di kalangan penduduk.

Lanjutan tempoh PKPD ini juga turut dilaksanakan di PKPD ketiga iaitu melibatkan Menara City One serta PKDP keempat Selangor Mansion dan Malayan Mansion.

Atas nasihat Menteri Kesihatan, kerajaan juga telah memutuskan untuk melaksanakan arahan PKPD yang kelima di kawasan Masjid India, Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan sekitarnya yang telah berkuatkuasa semalam sehingga 28 April dengan menggunakan SOP yang sama seperti PKPD di keempat-empat lokasi sebelum ini.

https://www.facebook.com/463149510445895/posts/2878079282286227/

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments