Susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ini, kerajaan membuat keputusan untuk tidak menutup sektor ekonomi.
Ia bagi mengelakkan negara kehilangan RM2.4 bilion sehari, sekali gus meningkatkan kadar pengangguran rakyat.
Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, walaupun sektor ekonomi tidak ditutup pada PKP kali ini, pemantauan dibuat dengan lebih ketat ke atas premis perniagaan, kilang dan asrama tempat tinggal pekerja untuk mengelakkan jangkitan berlaku dalam sektor berkaitan.
“Kita belajar daripada pengalaman lalu jika sektor ekonomi ditutup negara kehilangan hampir RM2.4 bilion sehari dan kadar pengangguran meningkat. Ini akan merugikan negara dan menyusahkan rakyat.
“Oleh itu, pada kali ini kerajaan tidak menutup sektor ekonomi namun pemantauan lebih ketat dilakukan bagi mengelakkan jangkitan berlaku,” katanya dalam perutusan sempena Aidilfitri, di sini, hari ini.
Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, pihaknya menggesa majikan dan pekerja supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di tempat kerja dan melaksanakan dasar bekerja dari rumah untuk mengurangkan kesesakan di tempat kerja.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply