Thursday, November 19, 2026
HomeBERITAPilih pemimpin berkualiti, jangan silap pilih kerajaan - Annuar

Pilih pemimpin berkualiti, jangan silap pilih kerajaan – Annuar

LANGKAWI, 16 Oktober – Rakyat diingatkan tidak mengulangi kesilapan ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu yang menyebabkan negara berdepan kekalutan politik berterusan.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, kesilapan memilih itu menyebabkan negara tiga kali bertukar Perdana Menteri dalam satu penggal pemerintahan.

“PRU14 tidak memberi kestabilan politik, walaupun bagi 22 bulan pertama.

“Kita kemudian tukar (kerajaan) dengan formula baharu, tapi hanya dapat bertahan 16 bulan sahaja sebelum kerajaan Keluarga Malaysia dibentuk,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pengagihan Prantisiswa Keluarga Malaysia di Kolej Vokasional Langkawi di sini, hari ini.

Annuar berkata, susulan itu pengundi PRU15 perlu membuat keputusan terbaik untuk memilih pemimpin berkualiti bagi memulihkan kestabilan politik, sekali gus memacu semula ekonomi negara.

“Tahun hadapan paling mencabar untuk semua negara di dunia kerana kadar inflasi yang sedang meningkat, malah kesan perang Russia-Ukraine turut memburukkan lagi krisis makanan.

“Dulu kita ada cabaran COVID-19, pastinya tahun hadapan kita akan berhadapan cabaran ekonomi kerana Amerika Syarikat menaikkan kadar faedah menyebabkan mata wang negara lain terjejas,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 303 pelajar mewakili empat buah sekolah daripada golongan B40 menerima tablet di bawah Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments