Saturday, May 25, 2024
HomeBERITAPiala Dunia bermula sehari lebih awal

Piala Dunia bermula sehari lebih awal

Piala Dunia 2022.

FIFA bersetuju tuan rumah, Qatar melakukan sepak mula untuk kejohanan itu yang akan bermula sehari lebih awal, lapor Agensi.

Tuan rumah Piala Dunia bermain dalam perlawanan pembukaan sejak 2006.

Sebelum itu, biasanya juara bertahan akan memulakan aksi.

Namun tahun ini, kejohanan akan bermula dengan Senegal menentang Belanda pada Isnin, 21 November.

Perlawanan kedua membabitkan England bertemu Iran.

Dan tuan rumah, Qatar kemudiannya akan bermain pada hari yang sama iaitu perlawanan ketiga menentang Ecuador.

Namun Qatar mahu menjadi pasukan pertama beraksi.

Dan pertemuan menentang Ecuador akan dibawa ke depan iaitu pada Ahad, 20 November.

Perlawanan akan bermula pada kira-kira jam 7 malam waktu UK selain ada majlis pembukaan rasmi sebelum itu.

England menentang Iran akan terus berada dalam slot kedua hari berikutnya pada jam 1 tengahari manakala Senegal menentang Belanda adalah perlawanan ketiga pada malam itu.

–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments