Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAPH tuntut janji MOU Transformasi dan Kestabilan Politik

PH tuntut janji MOU Transformasi dan Kestabilan Politik

Pakatan Harapan (PH) masih belum berpuas hati dengan perkembangan kemajuan Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangani bersama kerajaan baru-baru ini.

Justeru Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menuntut janji yang telah dipersetujui bersama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Janji dibuat sudah lebih sebulan dan tidak ada satu komitmen untuk melaksanakannya sebaliknya kestabilan politik yang diuar-uarkan.

“Beberapa langkah lain juga bertentangan dengan semangat demokrasi dan ketelusan serta semangat untuk bekerjasama,” katanya di Dewan Rakyat hari ini

Terdahulu beliau bangun mencelah apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed melontarkan isu perlunya kestabilan politik di negara ini bagi memulihkan semula ekonomi serta untuk menarik pelabur asing.

“Saya nak jelaskan di sini kepada menteri supaya membetulkan kenyataannya bahawa (MoU) tersebut ada kemajuan serta meredakan suhu politik.

“Saya nak nyatakan pada hari ini bahawa kami tidak berpuas hati kerana ia lembap dan sengaja dilengahkan,” katanya.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments