Timbalan Menteri Kesihatan I, Dato’ Dr. Noor Azmi Ghazali meluangkan masa menyantuni petugas-petugas perubatan dan kesihatan di Institut Jantung Negara (IJN), Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) semalam.
Memetik perkongsian dari laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia, Dato’ Dr Noor Azmi beliau turut menyampaikan sumbangan berupa makanan kepada para petugas.
Kuala Lumpur, Isnin, 4 Mei 2020 – Timbalan Menteri Kesihatan I, YB Dato' Dr. Noor Azmi Ghazali telah menyantuni…
Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Senin, 04 Mei 2020
Sebanyak 200 bungkus makanan diserahkan kepada petugas IJN, 300 bungkus makanan kepada petugas di HKL dan 50 bungkus makanan kepada petugas di IMR.
Dato’ Dr Noor Azmi juga telah menyampaikan taklimat ringkas kepada para petugas di IMR sebagaI tanda penghargaan dan komitmen kementerian di atas sumbangan mereka dalam memerangi pandemik COVID- 19.
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply