Saturday, July 20, 2024
HomeBERITAPerutusan sempena sambutan perayaan Deepavali tahun 2019 - KPN

Perutusan sempena sambutan perayaan Deepavali tahun 2019 – KPN

Salam Sejahtera dan Salam Polis Diraja Malaysia.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan masyarakat negara ini yang beragama Hindu. Semoga Pesta Cahaya ini dapat memekarkan lagi ikatan perpaduan dan keharmonian sesama kita.

Sepertimana lain-lain perayaan, kemeriahan Deepavali turut dikongsi bersama oleh seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Kerukunan ini melahirkan perasaan hormat-menghormati dan perpaduan di dalam perbezaan atau ‘unity in diversity’, yang membuat Malaysia unik dan dikagumi.

Marilah kita mengambil kesempatan ini untuk menyemarakkan lagi budaya kunjung-mengunjung, bagi menyuburkan semangat muhibah antara kita. Sesungguhnya, ia adalah tunjang perpaduan dan ramuan unik kepada kesejahteraan masyarakat. Semoga perpaduan kaum yang dinikmati selama ini, kekal utuh dan berpanjangan.

Bagi memastikan kesejahteraan masyarakat dan ketenteraman awam kekal terpelihara, PDRM komited untuk terus memikul tanggungjawab dengan penuh amanah dan dedikasi.

Kepada mereka yang merancang untuk pulang ke kampung dengan mengambil kesempatan di atas cuti perayaan ini, pastikan kediaman ditinggalkan dengan keadaan selamat dan terkawal. Berhati-hati di jalan raya dan patuhilah peraturan keselamatan yang telah ditetapkan, agar selamat sampai ke destinasi yang dituju.

“Deepavali Vaalthukkal”

(TAN SRI ABDUL HAMID BIN BADOR) IG
Ketua Polis Negara
Polis Diraja Malaysia

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments