Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAPerutusan Khas PM petang ini dinanti ramai

Perutusan Khas PM petang ini dinanti ramai

Tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada jam 3.00 petang ini.

Pengumuman ini pasti ditunggu ramai serta berteka-teki sama ada PKPB akan dilanjutkan atau sebaliknya.

Jom kita singkap kembali peristiwa bersejarah negara ketika mula menghadapi serangan penyakit berwabak pandemik yang memerlukan warga Malaysia ‘stay at home’ bermula 18 Mac 2020 iaitu hari pertama negara menguatkuasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bertujuan memutuskan rantaian virus COVID-19.

Bermula detik itu, orang awam diseru mengamalkan ‘normal baharu’ yang mengubah rutin harian kehidupan manusia sejagat di Malaysia.

Tidak pernah terbayang rutin harian kita berubah sekelip mata malah tiada siapa tahu bila kita akan kembali hidup seperti biasa.

Hari demi hari, kes baharu jangkitan berkurangan kerana kepatuhan dan disiplin terhadap SOP yang disarankan pihak berwajib dan ia adalah kejayaan kita semua dalam membantu perancangan kerajaan menghapuskan wabak yang meragut nyawa 117 mengikut jumlah kumulatif kes kematian hari ini (7 Jun).

Syabas diucapkan kepada kita semua dan terima kasih atas pengorbanan para petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus menjalankan tanggungjawab demi memastikan keselamatan rakyat Malaysia terpelihara.

Pengorbanan wira negara ini tidak mampu dibalas dan semoga kalian diberi perlindungan dan berada dalam rahmatNya selalu.

Apapun adakah PKPB ditamatkan atau diteruskan?

Sama-sama kita nantikan perutusan khas Perdana Menteri petang ini.

#jagajarak#socialdistancing#disiplindiri#selfdiscipline#penjarakansosial#staysafe

Posted by Muhyiddin Yassin on Saturday, 6 June 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments