Friday, May 31, 2024
HomeBERITAPersoal pendirian Tun M, kedudukan Bersatu : Ronnie jangan melampau - Abu...

Persoal pendirian Tun M, kedudukan Bersatu : Ronnie jangan melampau – Abu Bakar Yahya

PUTRAJAYA 22 Oktober 2019 : Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP, Ronnie Liu diingatkan supaya tidak bertindak melampaui batas dengan membuat kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan serta kerjasama di antara parti dalam Pakatan Harapan, PH.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Bersatu, Abu Bakar Yahya berkata, tindakan Ronnie membuat mempersoalkan kedudukan Bersatu serta Pengerusi parti itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad dianggap biadap selain melampaui pendirian pimpinan tertinggi PH.

Malah, Ronnie yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri, ADUN Sungai Pelek itu katanya tidak perlu berlagak sombong dengan membayangkan kononnya PH masih boleh membentuk kerajaan tanpa Bersatu.

“Saya ingin bertanya kepada Ronnie, apakah kenyataan beliau itu mewakili peribadinya atau pendirian DAP?. Apakah dia lupa bahawa Bersatu itu salah satu parti komponen dalam PH bersama-sama PKR, DAP, Amanah, Warisan dan UPKO?.

“Kenyataan beliau itu sudah tentunya mengundang pelbagai sentimen yang boleh menjelaskan hubungan antara parti dalam PH. Jangan lupa bahawa tanpa Dr. Mahathir, PH mungkin tidak berpeluang untuk membentuk kerajaan pada hari ini..itu faktanya,” katanya kepada The Malaya Post.

Pada masa sama, Abu Bakar yang juga Setiausaha Politik Perdana Menteri itu turut meminta kepimpinan DAP supaya lebih ‘prihatin’ berhubung tindakan Ronnie itu dan mengambil langkah yang sewajarnya.

Ronnie menerusi laporan sebuah protal berita tempatan hari ini mendakwa PH masih boleh membentuk kerajaan tanpa Bersatu.

Selain itu, beliau turut mendakwa Dr. Mahathir mengejar model Barisan Nasional, BN yang mempunyai parti dominan Melayu untuk mengawal pakatan itu.

Malah, Ronnie antaranya mempersoalkan pendirian Dr. Mahathir yang menerima bekas ahli politik UMNO sebagai ahli Bersatu selain kegagalan Perdana Menteri itu menetapkan tarikh peralihan kuasa kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments