Saturday, October 19, 2024
HomeBERITAPerpustakaan dan kolam renang awam Bintulu ditutup

Perpustakaan dan kolam renang awam Bintulu ditutup

Sebagai langkah membendung penularan wabak COVID-19, Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) memaklumkan penutupan kemudahan awam seperti perpustakaan dan kolam renang, Bintulu.

Enam buah perpustakaan awam yang terlibat antaranya di Bintulu, Jepak, Sg Plan, Kidurong, Tatau dan Sebauh.

Kemudahan awam berikut ditutup kepada orang ramai mulai 15 Mac 2020 hingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Orang ramai juga dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan penjagaan kesihatan & kebersihan peribadi seperti:

1) Kerap mencuci tangan

2) Menjarakkan diri secara sosial seperti dinyatakan dalam Guidelines In Social Gathering yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Ini adalah sejajar dengan usaha kerajaan untuk mengekang penularan wabak COVID-19.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments